PENUBUHAN
RUNGUS CULTURAL ASSOCIATION, SABAH (RCA)
Persatuan Kebudayaan Rungus Sabah
Disediakan Oleh:
Puan Jornah Mozihim
Ogos, 2009
1. LATAR BELAKANG
Cadangan ini pernah saya kemukakan kepada beberapa pemimpin KDCA Matunggong pada tahun 2004. Pada ketika itu, penubuhannya difikirkan perlu, namun pada masa itu saya belum terbuka minda betapa mendesaknya keperluan itu.
Pada 21-23 Julai, 2009, saya telah menghadiri Kolokium Bahasa Kadazandusun di LE Meridien, Kota Kinabalu, anjuran KDCA & KLF yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin KDCA, KLF, USDA dan warga pendidik mata pelajaran Bahasa Kadazandusun di Sekolah-sekolah Rendah serta pegawai yang bertanggungjawab di Menteri Pelajaran. Kolokium tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.
Sempena Majlis Penutupan Kolokium pada hari ketiga, saya mempunyai kesedaran yang amat mendesak mengenai keperluan adanya Persatuan Kebudayaan suku kaum Rungus untuk mempertahan dan melindungi Bahasa etnik Rungus daripada kepupusan. Bagi usaha ke arah itu, sebuah Persatuan yang melibatkan keseluruhan masyarakat Rungus adalah diperlukan. Maka kembali lagi di fikiran saya untuk meneruskan hasrat untuk menubuhkan Persatuan Kebudayaan Rungus yang pernah saya impikan pada 2004.
Saya dengan serta merta mengongsikan kesedaran itu kepada En Stephen Daang yang juga turut hadir pada Kolokium tersebut. Kehadiran beliau merupakan satu kebanggaan bagi saya, kerana saya telah tercari-cari jika ada seorang warga pendidik daripada suku kaum Rungus yang hadir namun tidak ada seorangpun yang hadir. Semangat kesedaran En Stephen juga turut membakar.
Persatuan yang akan ditubuhkan adalah tidak bersaing dengan KDCA dan SAMORA melainkan ianya saling melengkapi.
i. Persatuan akan memberi tumpuan pada aktiviti kebudayaan dan bahasa, maka ianya tidak bersaing dengan SAMORA yang berfungsi secara menyeluruh.
ii. Persatuan akan menjadi ahli bersekutu kepada KDCA kerana juga memperjuangkan kebudayaan, dan suku kaum Rungus juga sedia ada di dalam KDCA.
2. NAMA ORGANISASI
Rungus Cultural Association ( RCA )
Persatuan Kebudayaan Rungus
Koisaan Koubasan Rungus
3. TUJUAN
Tujuan utama ialah untuk;
i. Memulihara dan mendokumentasikan budaya, bahasa, adat istiadat, kepercayaan lama sekadar rekod, sejarah dan cerita-cerita rakyat kaum Rungus.
ii. Menetapkan Garis panduan / standard dalam penulisan & penggunaan Bahasa Rungus.
iii. Mewujudkan platform bagi dialog di kalangan sukukaum Rungus di seluruh negeri mengenai perkembangan bahasa Rungus.
4. RASIONAL
Setelah Bahasa Kadazandusun diajarkan sebagai mata pelajaran di sekolah rendah, maka Kadazandusun (termasuk Rungus) beranggapan bahawa bahasa kita tidak akan pupus lagi. Bagaimanapun, memandangkan Bahasa Rungus ini jauh bezanya dengan bahasa Kadazan atau Dusun, maka seseorang anak Rungus itu, kalaupun pandai berbahasa Kadazandusun selepas mengambil matapelajaran Kadazandusun di sekolah, namun, masih tetap tidak dapat bertutur dalam bahasa Rungus dengan keluarganya.
Penulisan sastera, cerita rakyat, adat, bahul, sundait dan sebagainya, dalam Bahasa Rungus harus dilakukan sekarang oleh orang-orang Rungus yang pandai menulis kerana generasi pada ketika ini masih ramai ( yang lahir sebelum 1980) yang dapat menguasai bahasa itu dengan sempurna.
5. KUMPULAN SASAR
i. Semua yang berketurunan Rungus atau peranakan Rungus
ii. Ahli-ahli Bersekutu ( suku lain yang telah berkahwin dengan orang Rungus)
6. SUMBER KEWANGAN
i. Daripada Ahli-ahli
ii. Dana untuk NGOs daripada Kerajaan dan badan Koprat yang memberi sumbangan sukarela kepada pembangunan komuniti.
iii. Daripada hasil pendapatan pengurusan asset Persatuan dan Sumbangan daripada Subsidiari Persatuan
7. REKOMENDASI
Sekaranglah masanya untuk menubuhkan Persatuan yang dicadangkan. Saya akan berusaha bagi menubuhkan Persatuan ini selagi masih memegang jawatan di dalam kerajaan pada penggal DUN ini walaupun hanya sekadar sebagai Setiausaha Politik. Saya akan mengambil kesempatan untuk menggunakan jaringan saya dengan NGOs dan Jabatan-jabatan kerajaan.
Dengan tertubuhnya Persatuan ini nanti, adalah diharapkan supaya lebih ramai lagi generasi muda Rungus yang akan berusaha untuk melibatkan diri dalam pengurusan dan usaha meneruskan kepentingan budaya dan bahasa Rungus dengan harapan Rungus tidak akan hilang di dunia.
8. KOMPOSISI AHLI JAWATANKUASA
Daerah-daerah yang mempunyai ramai penduduk dari kumpulan etnik Rungus harus diwakili.
Disediakan Oleh
JORNAH MOZIHIM
Naib Presiden KDCA/
AJK Pengembangan Bahasa Kadazandusun KLF
1 comment:
apakah sebab utama kaum Rungus termasuk dalam rumpun kadazandusun. sesuatu etenik atau masyarakat mempunyai budaya, adat, bahasa, kebiasaan.. maegapa kaum Rungus termasuk dalam kadazandusun.??????
Post a Comment